Video muzik Only One (album Shinhwa)

Dalam video muzik, "Only One", ahli-ahli kumpulan ini dapat dilihat menari di sebuah gudang atau di tempat yang gelap. Mereka juga memakai pelbagai pakaian, dari sut hitam hingga memakai seluar kelabu sahaja. Dalam video muzik, "All Your Dreams", di mana Jun Jin menjadi watak utama, ahli-ahli lain pula memainkan pelbagai peranan. Ia juga menampilkan kumpulan lain dari SM Entertainment, Black Beat serta Kim Bomi. Video muzik ini mengisahkan cerita seorang lelaki (Jun Jin) dan seorang wanita (Kim Bomi) yang ditampilkan tertarik antara satu sama lain secara romantis. Namun, ada lelaki lain (yang dilakonkan oleh salah seorang ahli kumpulan Black Beat) yang juga suka dengan perempuan yang sama, lalu satu pergaduhan tercetus diantara Shinhwa dengan Black Beat di hujung video muzik itu. "First Love", tidak seperti dua lagu sebelum ini, tidak menunjukkan Shinhwa menari atau melakonkan jalan cerita. Ia menampilkan klip-klip dari Shinhwa, dari berlatih tarian hingga aksi-aksi konsert. "Wedding March" sekali lagi menampilkan Jun Jin sebagai watak utama, menunjukkan seorang lelaki sedang melamar kekasih hatinya.